07 October 2009


Laporan KPI: Guru wanita saman pengetua RM228,000



KUANTAN 6 Okt. - Akibat tidak puas hati dengan laporan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) oleh ketuanya, seorang guru sekolah menengah memfailkan saman terhadap pengetua sekolah tersebut bagi menuntut ganti rugi RM228,000.






Rozilah Abdullah, 37, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Mahkota, Jalan Gambang memfailkan saman tersebut melalui firma guaman, Tetuan Balkish Alias & Co. di pejabat pendaftar Mahkamah Sesyen di sini pada 12 Ogos lalu.






Rozilah selaku plaintif yang diwakili peguam Balkish Alias menamakan pengetua sekolah tersebut, Aluwiyah Osman sebagai defendan.






Kes berkenaan disebut di hadapan Hakim Hassan Abdul Ghani hari ini.






Hassan bagaimanapun menetapkan 5 November ini sebutan semula kes tersebut selepas Peguam Kanan Persekutuan yang mewakili defendan memohon masa untuk memfailkan pernyataan pembelaan.






Guru berkenaan yang telah berkhidmat sejak 11 tahun lalu mendakwa berlaku ketidakadilan dan penindasan terhadapnya melalui laporan KPI yang dikeluarkan oleh defendan.






Menurut Rozilah, dia telah menerima surat menyatakan tiada pergerakan gajinya pada tahun lalu berikutan laporan KPI yang dinilai sebagai buruk yang dikeluarkan pengetua berkenaan.






''Pengetua itu turut memalukan saya di hadapan guru lain selain menuduh saya sengaja enggan mematuhi perintah.






''Malah, saaya tidak diberi peluang untuk membela diri kerana tidak pernah dipanggil dalam sebarang siasatan atau diberi peluang menjawab laporan yang dibuat oleh ketua saya itu,'' dakwanya kepada pemberita ketika ditemui di pekarangan mahkamah.






Menurut pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa mengalami tekanan perasaan selepas mengetahui laporan prestasinya diketahui pihak lain sebelum dia menerimanya.






Ekoran tersebarnya laporan prestasinya yang buruk itu, dia mendakwa mengalami penyakit tekanan darah rendah selain perasaan malu yang akan kekal sepanjang hayat.






Disebabkan laporan itu juga, dakwa Rozilah, kewibawaan dan reputasinya sebagai seorang pendidik dipandang rendah serta dicemuh masyarakat sekeliling.






Sehubungan itu, dia tampil ke mahkamah untuk menuntut keadilan selain memulihkan kembali reputasinya yang terjejas teruk

Sumber : Utusan Malaysia 7 Oktober 2009


17 September 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


Salam Aidilfitri untuk semua..kt sini aku nk amik kesempatan untuk memohon maaf kepada semua orang..kalau aku ada buat salah atau pun silap.Sebagai manusia biasa, memang tak terlepas dari salah silap dan dosa..Penyudahnya kena la mintak maaf dan memohon ampun dari manusia dan yang penting pada Allah s.w.t...Kepada mereka yang balik kg, jalan elok2....kat sini aku bagi petua untuk perjalanan yang selamat..

1. Sebelum memulakan perjalanan, pastikan kondisi kereta ok atau tip top atau sempurna..
2. Periksa minyak brek, minyak itam, lining brek, angin tayar, bateri..ape2 la yang hangpa rasa patut
3. Jangan bawa barang banyak sangat..kalau banyak sgt,,,sewa la lori..takpun keretapi
4. SEBELUM MEMANDU, BACA DOA MENAIKI KENDERAAN
5. JANGAN BAWA LAJU2 @ TERLALU PERLAHAN @ MELULU
6. YANG PENTING TAWAKKAL......INSYAALLAH

Semoga selamat sampai ke destinasi..Jumpa lagi selepas raya...

14 September 2009

MC ( SIJIL CUTI SAKIT )


Amik MC ( Sijil Cuti Sakit ) tp tak sakit......Boleh ke??



Bab ni memang aku berbulu dan seram btul..Aku memang takut nak amik MC dari doctor kalau aku tak sakit..Sepanjang lima tahun aku keje, aku baru amik MC 3 hari je..tu pun sebab aku sakit perut dan sakit pinggang..Kalau nak tipu doctor dan mintak MC, mintak simpang la.Aku bukan jenis mcm tu.biar la aku cuti tanpa gaji pun takpe..Ok la aku senarai kan antara sebab2 byk orang suka amik MC tipu ( dapat MC tp tak sakit pun @ bayar untuk dapatkan MC )..Kadang2 ada gak bos @ atau majikan yang bagi can @ peluang kat anak buah dia amik mc..Bos pun dua kali lima gak.Tak pikir ape dah..Mcm syarikat or Jabatan tu bapak dia punya ( Tp tak termasuk bos aku la..Dia ok je ) So, cuba check korang salah satu ke dalam list kt bawah ni????


1. Sayang nak amik cuti. Takut habis..walhal cuti banyak..


2. Cuti tahun dah habis..awal2 tahun lagi dah perabis...


3. Hari Isnin ( Hari Favourite ) sambung cuti dari Ahad


4. Tak sempat datang keje ( masih dalam bas ekpress @ on the way back )


5. Bini @ laki tak bagi balik lagi ( kes ni untuk pasangan berjauhan ) sayang bini or laki..


6. Malas pegi keje ( Monday Blues ) atau keje tak siap..


7. Memang keje dia amik MC je....( siap ada panel amik mc lagi )


8. Memang selalu amik MC sebab tak tahan keje


9. Asyik isi borang tukar tiap2 tahun tp tak dapat..Amik MC je la..balik kg jap


10. Amik MC tipu tu biasa la....Doktor pun tak tau..Bos pun tak tau.Orang pun tak tau..


Cuba hangpa pikiaq sat...Dah la tak pegi keje, amik MC tipu untuk elakkan gaji dipotong...Tp dalam masa yang sama hangpa tipu majikan hangpa...AMIK MC TAPI TAK SAKIT..bukankah berdosa tu.Fuiyoh...Banyak tu dosa....so gaji hangpa pada hari tu memena patut dipotong..Atau hangpa takleh amik gaji untuk hari tu..Aku penah terbaca artikel tulisan seorang ustaz yang bergelar doktor di dlm suratkhabaq...HUKUMNYA HARAM DUIT TU KALAU KITA AMBIK..Sebab bukan hak kita..mcm mencuri la..Sebab kita curi tulang dan menipu.Macam mana nak berkat...So kalau nak selamat, aku rasa la..korang leh amik MC tapi jgn amik duit gaji untuk hari tu..pulangkanlah pada majikan korang.Then, sama-sama la kita bermuhasabah diri.Semoga Allah mengampuni kita..Sama2 la kita pikiaq no.....


PUASA TU IBADAT KE ADAT??

Puasa tu Ibadah @ Adat ?



Tiap- tiap tahun ada satu bulan yang amat istimewa untuk Umat Islam seluruh dunia..Bulan di mana pahala amalan yang dibuat akan dilipat ganda..Rugi kalau kita tak amik peluang ni..Siang hari kita menahan lapar dahaga, mata, telinga, mulut dan semuanya..Sampai masanya, kita akan berbuka.takkan tu je kan..

Tp..

Penahkah hangpa terpikiaq yang sesetengah orang @ manusia @ Melayu @ Islam ni berpuasa sebab orang puasa, depa pun puasa..Orang bangun sahur, depa pun bangun sahur, orang berbuka, depa pun melantak. Dah jadi macam adat, bukan lg sebab tuntutan agama..Kalau tak posa, malu la nanti member2 kutuk “ Hei Mat ! dah besaq panjang pun tak posa ka?” Malu beb.nak plak kalau Non Muslim yang ckp mcm tu...Bukan susah pun nak posa..kalau tak nak lapar, bangun la sahur lewat cikit..Kalau rasa lapar, cuba pikiaq yang orang Somalia lagi lapar sampai perut buncit...Tp orang sini buncit perut sebab makan banyak @ makan gelojoh @ makan rasuah @ kawin dah nikah je belum ( paham tak ayat ni ? )

Terawih....

Malam-malam bukan main lagi pegi mesjid.Konon nak tunjuk la muka kat AJK Mesjid ( kononnya slalu dtg mesjid la).Okay la tu mengimarahkan rumah Allah. Tp yang sunat nak kejar sangat..Solat Jumaat??? Solat2 fardhu yang lain??? Kalau posa tapi tak solat...sia2 je..amalan ditolak...Yang pak Imam pun satu..tengok la sama makmum tu mcm mana...Ni pi bantai baca surah panjang2 watpe?? Bergoyang lutut Pak Haji tu..Nasib baik tak luruh je..Kesian la makmum2 yang veteran tu.Depa tu dah season in the sun....

Bila...

Bila lepas je bulan Ramadhan, mesjid pun kosong..Solat Isyak pun setengah saf je..Terawih sampai 6-7 saf..Tu la orang sekarang ni wat ibadat main ikut2 je..tak tau yang mana satu lebih penting..Tp apepun aku tak cakap semua orang mcm tu..Sesetengah je..Atau kebanyakan orang terutamanya orang yang cakap pandai..tp bila wat..Jawapannya..HAMPEH...So, selamat beribadat di bulan Ramadan ni..Semoga ibadat kita diterima oleh Allah s.w.t..




31 August 2009

PUASA....BERPUASA...TIDAK BERPUASA

Salam ramadhan untuk semua umat Islam seluruh dunia..puasa merupakan salah satu rukun Islam yang mana wajib ditunaikan dalam bulan ramadhan..



Aku mula blajaq posa masa umor 8 tahun, masa tu Darjah 2..dugaan masa tu memang perit..tp aku tahan jugak la..sebab kalau tak posa nanti kena tibai dgn ayah aku..pakai batang paip lagi..ade berani ker??


Tapi aku yang aku nampak sekarang, ada orang Islam a.k.a Melayu Islam akhir2 ni, depa posa bukan sebab tuntutan agama sgt..Depa mcm mengikut org saja..Orang Posa, Depa pun Posa..dah jadi mcm adat je..mulut posa..tp hati belum tentu posa..mulut dok kata dan ngumpat orang. mata dok tgk benda2 yang tak elok..kaki dok pi tempat2 yang takda pekdah..




Petang2 bazar Ramadhan memang cukup meriah..aku teringat la plak bazar Ramadan Penanti tepi BKE kat kg aku.memang best.Tp peniaga @ penjual makanan ni asyik pikir nak untung je..cuba la wat pahala ckit..Tension tul aku..MURTABAK alahai ciput je harga RM 2.00++...kuih kecik 3 biji singgit..korang nak cepat pergi MEKAH ker?? Korang sedar la wei..untung 100% ++ ape hukum nya..tak ke korang menganiaya golongan pembeli..mentang2 la diorang tak larat nak masak..tambah plak bazar ramadan kat tempat aku dok skrg ( Pahang + N9 ) memang berbeza dgn kg aku ( Penang + Kedah ) Takpe la....korang kaya sebulan je..Aku doakan korang dapat hidayah dalam bilan posa ni..




Dalam berpuasa ni kita kena ikhlas..biar sapa pun tak perlu tau..Hanya kita dan Allah s.w.t je yang tau..sama jugak kalau tak puasa..kita dgn Allah je la yang tau. Yang bodoh sangat pi cerita kt orang wat pe..


Jadi aku ingin berpesan pada diri aku sendiri, tambahkan lah ibadat..naikkan lah markah pahala,,turunkan lah timbangan dosa..Semoga Allah menerima amalan kita.. Insyaallah..Selamat Berbuka.


11 August 2009

DULU, KINI DAN TAK SELAMANYA







SALAM UNTUK SEMUA..



Aku teringat kenangan masa dulu..Cikgu2 aku dulu memang cukup ANTI dgn aku..mcm la aku ni pengganas dunia...ingat aku ni suka main bom ker? skrg main C4 je...penah sorang cikgu tu nak tembak aku kat Padang Tembak AIr Itam Penang....siap cakap nak tendang aku lagi pasai aku dapat 0 dlam Add Math..yang aku meluat tu...semua cikgu2 dok kutuk aku..geram btul aku..aku ni jadi bahan kutukan depa kt bilik guru..pi la kutuk orang lain sama..dalam kelas aku tu bukan aku sorang sj hantu...semua hantu...


Tp...........



Thank you byk2 cikgu.....La ni aku dah jadi mcm hampa.keja mcm hampa la...Antara nama2 cikgu yang byk kutuk aku dulu tp dalam masa yang sama depa bantu ialah Cikgu Md JOe.( SMT Kuala Klawang.) Cikgu Md Ali ( Pengetua SMTeknik Butterworth ) Cikgu MD Rahman (GPK kt TI Penang ) dam Mdm Asha Dass ( Cikgu BI yang dok marah aku hari2 x tau kat MAna la ni




Tp.........




Dulu aku ingatkan jadi cikgu senang je...masuk kul 7.30pg...balik 1.30ptg...pi sekolah ajaq budak2 saja..cukup 25hb cucuk kad kat ATM....cuti pun banyak..




Tp..........




Realitinya aku masuk 8.00pg balik pukul 4.00ptg..kt sekolah bkn sj ajaq budak2..mak pak budak pun ada yang kena ajaq..( ada jugak yang tak dapat di ajaq sebab bukan kurang ajq tp terlebih ajaq) keja mcm nak nak gila...mcm2 kena wat.tp ok gak kdg2..multipurpose.jd cleaner pun bleh, kerani pun bleh, jd bibik pun bleh, kerani pun bleh.pendek kata, mcm2 boleh..orang lain cakap senang la..jd cikgu cuti banyak tp cikgu2 la ni wat keja mcm tak cukup hari...kan bagus kalau ada 9 hari seminggu...




Tp........




Ni semua takdir tuhan..Allah maha mengetahui semua ni..Takdir memang tak dapat diubah..tp nasib memang dapat diubah..Ubahlah diri anda sebelum anda diubah sini sana.takkan nak tunggu nak mati baru nk berubah..signal tuhan dah bagi banyak dah...cuma manusia saja dok ralit* lagi. Dok rasa mcm leh hidup lama lagi..Tup..Tup..so...fikir2kan lah..dan selamat beramal..





*ralit = leka atau lalai