14 September 2009
MC ( SIJIL CUTI SAKIT )
Amik MC ( Sijil Cuti Sakit ) tp tak sakit......Boleh ke??
Bab ni memang aku berbulu dan seram btul..Aku memang takut nak amik MC dari doctor kalau aku tak sakit..Sepanjang lima tahun aku keje, aku baru amik MC 3 hari je..tu pun sebab aku sakit perut dan sakit pinggang..Kalau nak tipu doctor dan mintak MC, mintak simpang la.Aku bukan jenis mcm tu.biar la aku cuti tanpa gaji pun takpe..Ok la aku senarai kan antara sebab2 byk orang suka amik MC tipu ( dapat MC tp tak sakit pun @ bayar untuk dapatkan MC )..Kadang2 ada gak bos @ atau majikan yang bagi can @ peluang kat anak buah dia amik mc..Bos pun dua kali lima gak.Tak pikir ape dah..Mcm syarikat or Jabatan tu bapak dia punya ( Tp tak termasuk bos aku la..Dia ok je ) So, cuba check korang salah satu ke dalam list kt bawah ni????
1. Sayang nak amik cuti. Takut habis..walhal cuti banyak..
2. Cuti tahun dah habis..awal2 tahun lagi dah perabis...
3. Hari Isnin ( Hari Favourite ) sambung cuti dari Ahad
4. Tak sempat datang keje ( masih dalam bas ekpress @ on the way back )
5. Bini @ laki tak bagi balik lagi ( kes ni untuk pasangan berjauhan ) sayang bini or laki..
6. Malas pegi keje ( Monday Blues ) atau keje tak siap..
7. Memang keje dia amik MC je....( siap ada panel amik mc lagi )
8. Memang selalu amik MC sebab tak tahan keje
9. Asyik isi borang tukar tiap2 tahun tp tak dapat..Amik MC je la..balik kg jap
10. Amik MC tipu tu biasa la....Doktor pun tak tau..Bos pun tak tau.Orang pun tak tau..
Cuba hangpa pikiaq sat...Dah la tak pegi keje, amik MC tipu untuk elakkan gaji dipotong...Tp dalam masa yang sama hangpa tipu majikan hangpa...AMIK MC TAPI TAK SAKIT..bukankah berdosa tu.Fuiyoh...Banyak tu dosa....so gaji hangpa pada hari tu memena patut dipotong..Atau hangpa takleh amik gaji untuk hari tu..Aku penah terbaca artikel tulisan seorang ustaz yang bergelar doktor di dlm suratkhabaq...HUKUMNYA HARAM DUIT TU KALAU KITA AMBIK..Sebab bukan hak kita..mcm mencuri la..Sebab kita curi tulang dan menipu.Macam mana nak berkat...So kalau nak selamat, aku rasa la..korang leh amik MC tapi jgn amik duit gaji untuk hari tu..pulangkanlah pada majikan korang.Then, sama-sama la kita bermuhasabah diri.Semoga Allah mengampuni kita..Sama2 la kita pikiaq no.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment